CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 15, 2016

Drama terbaru : Sayangku Ku Timang Timang

Trending katanya kat FB orang dok kata cerita kul 7 kat tv3 tu.
KakJOjes pon sempat juga la nengok first episode.
Sebabnya buat kat blok kawan baik KakJojes si Ayien tu.
Blok KakJOjes tak jauh je dari situ.
Tapi sempat nengok depa shooting ritu.
Kakjojes nengok kejap je.
Tapi lepaih tu tukaq channel.

Citer ape tu?
Sila pergi Google.
Tajuknya
Sayangku Kapten Mukhriz.

Gitteww..

As orang yang pernah jadi isteri seorang tentera dan kini dah jadi isteri seorang pesara tentera,
Banyak sisi yang drama tu tak tunjuk.
Maklomlah..
Takkan nak tunjuk sume.
Klise la kan.
Cinta.
Konflik.
Tugas hakiki.
Dan blab la bla..
Tunjuk haruslah yang best best saja.

Yang mula la dok mencarik jodoh tentera pon dah mula Nampak dah.
*maaf, kakjojes tiada senarai kengkawan begitu*
Ni kawan kawan la dok update status kat wall mereka.
Hahahahahha..

Tipu la kalau kata tentera ni antara lelaki yang orang carik nak buat calon laki.
*kecuali KakJOjes. Nanti ada masa KakJOjes cerita camana KakJOjes kawen dengan somi skang*
Tentera ni smart.
Kacak. *walaupun tak la semua kacak*
Lebihnya yang nak berdamping dengan tentera ni mostly sebab PROUD.
Paham tak PROUD tu apa?
Tak paham tengok kamus.

Sebelum nak PROUD sangat.
Meh KakJOjes citer sikit perkara MUDAH yang korang kene lalu kalau nak berdamping dan menjadi suri seorang tentera ni.
Tak kisah la pegawai ke lain lain pangkat ke.

Hati kene kental
KEntal? Ala senang je tu.
Setakat kene tinggal masa ops.
Kursus obersi setahun dua tahun lima tahun. *lima tahun tipu*
Duduk kat tempat takde line.
Ape la sangat kan.
Korang kan dah biasa.

Pahtu kan biasa dah kan tak wasap, line, wechat bagai.
Kalau sehari dua, seminggu sebulan tak wasap ape de hal.
Biasa je tu.
Kat facebook pulak takleh la nak merintih rintih.
Ko yang pilih jalan tu kan.
Ko yang pilih dia kan.
Pilih keje dia skali..
Orang memula kesian la.
LElama muak.
Macam la life dia je semedang tak beruntung selalu kene tinggal ngan laki.


Time korang tengah dating dating.
Tetibe dapat call kene balik dalam masa dua jam,
Kene la biasakan senyum pakej gelak gelak.
Silakan bang..silakan mempertahankan Negara.
Sambil kua ayat gitu.
KO tak rasa ke dia semakin sayang kat korang.
Instead of korang tarik muka masam dan carik poin gadoh.
Kata nak PROUD sangat tadi kan.
Kene la sinyumm ja deknon.

Ni hat yang bila mu tak reti buat segala.
Mulai sekarang dah boleh dah buat slow slow.
Belajar beranikan diri walau ko tu penakut ya robbi.
Waima cicak melekat kat pintu pon ko punye jerit macam satu taman bergegar.
Korang kene berani kuis cicak tu.
*eh, macam diri sendiri je..kahkahkah*

Sebab sok bila dah ada anak,
Idak la korang teriak sama anak.
Dek merenung nasib korang yang malang sungguh la.
Laki tak dapat balik raya ka.
Tak dapat bawak anak checkup ka.
Bawak anak jenjalan la cuti skolah.
Serta urusan harian pon semua atas bahu korang.
Masa tu la nak rasa tudung korang pon pin dah senget ke tepi.

Time beranak ritu ko dah kene sedia sorang sorang kat labour room.
Dulu dok berangan nak beranak laki teman.
Katanya bia depa insaf sikit tengok bini beranak.
Lupakan lah..
Time ko nak branak tu pon belom tentu laki ko sampai kat spital.
Maka rileks la meneran tu.
Ada rezeki sampai la laki ko sebelum anak tu tengok dunia.

Tu belum hat dok balik kampong orang dok tanya tanya.
Mana laki hang.
Masa ni korang kene paku sesiap dalam kepala.
Dengan jawapan dan sengih macam kerang busuk .
Serta menjojes kan diri sehingga mereka tidak mampu lagi bertanya.
Biasalah manusia.
Curiosity depa ni tinggi.
Pantang la nengok haku belenggang aih.
Adaaa jaa dok nak tanya.

bila raya pulak laki korang tak dapat balik raya.
Toksah la dok tunjuk nau sedih.
Macam laki korang ja tak balik raya.
Tunjuk hepi sangat pon takleh.
Bahaya..
Hahahahaha..

Sadis sekali bila gambar raya ko rasa macam lost sesuatu.
Tapi ko stil boleh buat peace sambil senyum bergaya.
Dalam hati tu, sedih tuhan je tahu.
Maka sila lah simpan ciwek tu..

Tu hat belom orang pitnah ko dah single kembali.
Asek balik kampong je, sorang.
Asek balik kampong je dengan anak.
Engko rasa ?

Ha.
Deknon.
Orang tak paham keje laki kita.
Maka ko sengih ja la..
Explain pon bukan paham.

Banyak dalam nak jadi suri tentera dan unipom nih.
SABAR.
TABAH.
BERANI.

Kalau navy katanya SEDIA BERKORBAN.
Maka bini bini ni SEDIA TERKORBAN.

Banyak korang kene korbankan bila korang pilih untuk jadi bini depa.
Bukan seronok seronok uplod kat fb
“sayangku tentera laut”

Atau

“sayangku kacak di udara”

Atau

“sayangku di perbatasan”

Sambil letak gambo sawit laga pipi.

Yang penting bagi KakJOjes, jangan Sayangku Lt. Bersara Asyrani Khalib sudah.
Itu KakJOjes je punya.
Bahahhahahaha..

Gittewww..

OKeh?

Nasihat ni.
Baru suku..
Banyak lagi chapter nye.
Jangan meroyan pulak.

Meroyan tu je dah out dah dari jadi bini depa.
Cemana?

Layanlah kebestan yang ditunjukkan dari terima realiti hidup sebenarnya.

Tak osem la gegedik Nampak tentera.
Cool lah.
Kita kan wanita jojes.

Okbai.

Nota : Tak semestinya tentera saje dugaan gini. Kerja apa pun yang libatkan pengorbanan, sama saja. Maka, mari kita bertabah secara berjemaah.

 Nadea Ramly