CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 24, 2016

The Untold Story : Part 3 : Baby tak ada heartbeat

Baby takde heartbeat!

KakJOjes terus rasa macam ada pisau tertusuk kat dada.
Allah!!

Nurse suruh baring semula untuk confirmation.
Ya.
Lepas scan, hasil sama.
Baby tak membesar.
Degupan jantung tak nampak.

Nanti nak cuci dimana?
Tanya doktor.

KakJOjes masih terpinga pinga.
Masih terasa peritnya rasa.
Sempitnya dada.

Serius.
Blur.
Terasa nafas berhenti seketika.
dan still tak percaya apa yang didengar tadi.
baby dah takde?
Tak mungkin!!

HAT.
Pendek jawapan KakJojes.

Hati tu.
Rasa tu.
Allah je tahu.
Baru bulan lepas nampak heartbeat dia.
Tiba tiba takdak dah.

KakJojes kemas beg.
Nak balik.
Air mata masih boleh tahan.
Mungkin masih terkejut.
Dan blur.

Odw ke kereta.
Terserempak dengan sorang kawan.

Akak ok ke?

Mungkin tengok muka tak macam pagi tadi sengih je.
Yela..
Sickness dah hilang.

Doktor kata baby takde heartbeat.
Kita jawab pendek.

Masuk kereta, KakJOjes terus nangis.
Nanges hat teriak betui betui sampai sedu sedu tu.
KakJojes beritahu suami terus kat whatsapp.

Sehingga suami pulang ke rumah, KakJojes masih menangis.
Dipujuk suruh makan, tak mahu.
Suruh minum, tak mahu.
Bercakap pun tak mahu.
Hanya menangis.
Sedih beb.
Serius..

Bos dimaklumkan tentang keadaan KakJojes dan diberi kebenaran untuk tidak masuk ke pejabat buat sementara waktu.
Diberi cuti.
Suami napak nau risaunya.
Tak pernah nengok bini sesedih gitu.

KakJOjes turut dimaklumkan oleh rakan rakan untuk second opinion.
Ke klinik swasta.
Dorang tak henti henti bagi semangat.
Walau dah tau yang memang baby dah takde.
Serius korang.
Macih sesangat.

Esoknya.
KakJojes dah stop nangis.
Takde air mata dah rasa.
Puas.
Maka harini cakap kat diri.
 Kene kuat.
Kun fayakun.
Allah takkan uji di luar kemampuan hambaNya.

Hasil ke klinik swasta juga sama.
Baby tak membesar.
Takde degupan jantung.
Masa ini, KakJojes boleh tersenyum kelat.
Redha dah.

Mak dan abah dimaklumkan tentang keadaan KakJojes.
Alhamdulilah.
Mereka menerima dengan hati terbuka.
Kata mereka, belum rezeki kami lagi.
Mana nak dapat pemili yang paham.
Sobsss..

Setelah berbincang dengan suami, kami decide untuk prosedur seterusnya.
Doktor juga bagitahu, tak elok kalau simpan lama lama.
Takut ada jangkitan kuman.
Ye la..
Kat dalam nun.
Mana laa kita tau keadaan camana kan.

Oh ya.
Kes KakJOjes pelik sikit.
Miscarriage yang tak bleeding.
Even masa scan.
Kantung masih bulat dan cantik.
Baby pulak masih kat tempatnya.
Dengan bentuknya sama dengan usianya 12 minggu.

Kami decide untuk…

(bersambung ke Part 4)