CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 19, 2016

Nukilan Khas : Perginya seorang bos dan sahabat

KakJojes ada bos. Bos KakJojes lelaki. Tinggi. Putih orangnya. Mudah tersenyum. KakJojes melapor diri sebagai pegawai di bawah seliaannya pada 16 Mac 2014 di JPN Manjung. Dan itu pertama kali KakJojes disuruh berehat dahulu. Takpayah buat apa apa katanya. *masa tu KakJojes tengah pregnant*

Sehingga KakJojes keguguran, beliau tak putus beri semangat. Dari segi kerja, beliau ada budibicara. Melayan pegawai bawahan beliau dengan sabar. Maklomlah. KakJojes kan macam macam perangai. Anak anak buah lagi. Hihihi..

Hampir tiga tahun kami bekerja bersama dalam satu pasukan. Ya. Kakitangan dibawah seliaan beliau ramai. Maka, macam macam perangai lah ada. Tapi kami tetap macam keluarga. Kami sambut besday sama sama. Makan sama sama. Gelak nangeh semua sama sama. Ngamok pon bersama. Hehehe.

Itu belum masuk part audit. Bertungkus lumus bersama. Kene NCR bersama. Gelabah pon kita semua sama sama.Hihihi. Kelakar. Kami ingat lagi masa family day awal tahun haritu. Bos bawak udang. Habis kami makan.sedappp...udang free. Masak lemak cili api pulak tu. Hihihi. Itu saya rasa paling gembira. Family day paling berjaya. Saya ada buat entri tau di blog saya. :-P

Tiba satu hari, kesihatan bos merudum. Beliau makin tak sihat tapi masih tersenyum macam biasa. Merahsiakan sakit yang beliau hidapi. Sehingga lah hari ini. 18 Ogos 2016. Khamis. Jam 1.55 petang. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Selayang. Innalillah. :'(

Percaturan Allah memang baik. Kebetulan KakJojes berada di Kajang menghadiri kursus Corruption Risk Management (CRM) di Maktab Penjara Kajang bersama seorang lagi kakitangan JPN Ipoh. Kami bergegas ke Hospital Selayang, dan alhamdulilah, Allah permudahkan urusan kami. Perjalanan kami lancar tanpa sebarang masalah. Allahuakbar.

Saat hadir di hospital, KakJojes lihat ibunya menangis. Ahli keluarga ada bersama. KakJojes salam tangan ibunya. Sejuk. Masih teresak esak menangis. Sayu hati. KakJojes lihat isterinya. Tabah. Masih mampu tersenyum dan mengucapkan terima kasih kerana datang. Ah, kuatnya wanita ini! Tapi dalam hati siapa tahu kan. :-(

KakJojes dan seorang lagi rakan sekerja menunggu sehingga selesai urusan disana. KakJojes lihat wajahnya. Tenang. Seperti tidur. Allahuakbar. Subhanallah. Tak dapat ditahan hiba dihati. Pecah jua kolam air mata KakJojes.

Jenazah dibawa ke kampung halaman Chemor, Perak jam 5.30 petang. Saat KakJojes mencoret cerita ini, beliau selamat dikebumikan dan KakJojes kembali menyambung kursus di Kajang.

Seluruh warga JPN khususnya JPN Perak bersedih atas kehilangan seorang ketua pejabat yang berdedikasi. Kami warga JPN Manjung apatah lagi. Suka duka kami bersama. Kini kami kehilangan ketua yang kami kasihi. Damai lah engkau disana bos. Kami warga JPN Manjung pasti merinduimu. 

Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Dari Allah kita datang..kepada Allah kita kembali.

Alfatihah untuk bos KakJojes, En Rozaini bin Adnan.


Regards.
Nadea Ramly
18.08.2016
11.01 malam