CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 30, 2016

Pencarian air kelapa muda..

Ramai terkejut lepas baca screenshot KakJojes pasal admit ward hari rabu haritu.
Ada juga yang ingat kawan Kak Jojes si Ayien tu.
bahahahahah...
Naseb ko la yin.
hahahaha..

Okeh.
Mari kita lihat apa yang berlaku dari awal.
MEmandangkan malas nak cerita kat komen banyak banyak.
Sebab tak semua suka membaca.
kihkihkih..

Kak Jojes memang plan dah awal nak ambik cuti isnin dan selasa (26 September dan 27 September 2016).
sebab nak tolong mak abah pindah rumah.
plus dah lama juga tak cuti.
minggu sebelumnya tu pun dah rasa tak sedap badan.
Mudah kata, dah demam dah tapi biasalah..
dok biaq ja.
ingat kuat nau la tuhh..
Hari Jumaat, 24 September sepatutnya lepas kerja tu KakJOjes balik tapi badan makin tak sihat, ditangguhkan ke esoknya baru balik.
Maka, sabtu 25 September KakJojes bergerak balik ke Kepong.

SEtengah perjalanan okay.
setengah lagi nak sampai, badan mula react macam macam.
Pening. rasa nak muntah.
Pagi tu dah makan.
tengahari belum.
dengan melayan bersin, batuk selsema, terlupa nak singgah drive thru McDonalds.
KakJOjes tak boleh lapar.
sebab ada gastrik.

SAmpai rumah mak dalam jam 4 petang.
Kali ini pemanduan memang teruji.
selalu buat Manjung KL 3 jam je.
ni dah nak dekat 4 jam.

SAmpai rumah terus angkat pinggan, makan nasik lemak mak buat.
Masa ni dah terdetik dah, perut dah masuk angin.
masak la nak melayan.
huaaah..

Lepas makan still rasa tak sedap badan.
baring tak kena.
duduk tak kena.
Perut dah keras.
dem..
Horror dah bermula.

Klinik Raja bukak kan Mak.?
tanya kakJOjes..

Bukak kata emak.

Adik KakJOjes pon akhirnya offer nak bawak pergi klinik sebab tak sanggup kot nengok kakaknya lembik lotek.
SAmpai klinik mujur takda orang.
terus la dapat jumpa doktor.
Macam biasa doktor sahkan yang tekanan darah saya sangat rendah.
Biasalah tu.
MEmang begitu doktor.
huhuhuk.

dan macam biasa beliau terus beri ubat.
tapi beliau sajes beli air kelapa muda.
Maka, mencariklah KakJOjes dan adik KakJOjes di area sana.
Mujur jumpa...


syukur...