CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 5, 2017

"Senang lagi beli dari masak."

Dokoh!

Sedang menunggu makanan yang dipesan siap, perbualan dua wanita menangkap cuping telinga KakJojes.

"Banyak beli nampaknya tu." Tanya wanita berbaju biru. 

"Biasalah kak. Saya mana masak. Anak anak pun memang beli saja. Dorang pelik kalau saya masak." Balas wanita seorang lagi yang mendukung anak dalam lingkungan umur 2 tahun sambil tergelak. Disisinya dua orang lagi anak perempuannya berumur antara 4 dan 7 tahun. Wanita berbaju biru itu turut ketawa. 

" Senang lagi kan beli dari masak. Takde kotor dapur. " sambungnya dihujung tawa.

KakJojes cepat cepat membayar harga makanan dan berlalu dari situ. Kesian anak anak yang tidak merasa air tangan ibu sendiri. Apapun alasannya, terpulanglah. Bukan anak anak aku pun.

Mungkin KakJojes dibesarkan dengan masakan air tangan emak walau emak sibuk kerja dan pulang terus bersilat didapur maka terasa panas saja telinga mendengar perbualan tadi. Habis, takut dapur kotor, tak perlu masak kah? Air tangan emak ni depa goreng telur pun sedap tahu! (Al-fatihah untuk ibu ibu kalian yang telah tiada.)

Iyalah. Karang ada orang kata KakJojes takpaham orang ada anak ni susah nak masak. Kerja lagi. Penat. Baik beli lagi senang. 😏

Ingat. Kau orang yang ada laki, laki kau nak jugak rasa air tangan kau, bini dia. Zaman sekarang zaman caras mencaras. Kau tak jaga perut dia, kau jangan meroyan pula. Sampai bila nak sua laki makanan kedai? Ke kau orang memang tak kisah berkongsi? Tanya ja. 😎

Haritu KakJojes bagi link Tabur Bunga Tona dengan Tabur Bintang pastel kan? Ini Dokoh pastel pula. Nah, tengok kau sana. Okbai.

#kakjojesbebel #nadimora

https://nadimorana.wordpress.com/2016/12/04/kain-pasang-songket-design-songket-dokoh/