CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 28, 2017

Why so serious?

Why so serious?

Sedari kecil kita diajar mengeja dan menulis dengan ejaan penuh. Bila besar mengada ngada kau tulis short form. Habis kau buang huruf vokal A E I O U tu. Zaman SMS (Short Messaging Service) dulu KakJojes faham kau nak jimat kredit bilamana masuk page kedua saja kau dah kena tolak lagi limabelas sen. Ini, dalam whatsapp pun kau nak buang habis huruf vokal semua.

Kau tahu orang zaman batu macam KakJojes ni tak reti nak menyebutnya ha? Yang kau pemalas sangat tu kenapa? Makin maju makin malas pula kau ye. Itu belum eja hat aq, taw, yunk, yekewwww, manedewww. Kau ni alien dari planet mana?

Kau yang nak meniaga pun sama. Prospek macam KakJojes ni tengok tatabahasa kau dulu baru beli. Betulkan ejaan kau semula. Malu je dengan budak darjah satu pandai eja betul betul. Tapi kau yang dah besar panjang lonjong melebar pun tak reti eja penuh. Hah, kau orang yang typo takpa. KakJojes paham jari kau orang gemok. Kahkahkah. 

Dah. Jom balik. Masak. Okbai.

Nota : Sejuk gedi! Nasib tak typo.

Yang Benar,
KakJojes suka eja penuh.

#kakjojesbebel #nadearamly