CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 5, 2017

"Aku dah biasa hidup susah dari kecik"


Aku lepas 2006 konvo mak aku sakit jadi aku balik Labuan jaga mak aku sampai meninggal 2007.
Pas2 aku kerja tolong sara adik aku sampai sekarang.

 Adik aku takut dengan aku. Bapak aku pun selalu cakap kalau bukan aku, tak ada nya dia boleh study. Bapak aku sampai jual tanah rumah dulu masa mak aku sakit.

 Tahun 2015 aku beli tanah buat rumah untuk bapak aku yang duduk sekarang ni. Bapak aku bukan kerja dari aku Form 4 lagi. Dulu arwah mak aku berniaga kedai makan lepastu sakit. Kitorang langsung tak ada apa apa sumber pendapatan. Itu yang aku terus kerja.

Bapak aku stroke dulu. Enam tahun juga. Bawak pergi berubat urut semua. Alhamdulilah dah baik. Sekarang ni bawa teksi sendiri.

Aku kena pikul tanggungjawab nak sara family sebab kakak aku dah kahwin, tak kerja pula. Itu yang aku tak fikir apa, memang nak kerja je tanggung family, ubat ubat bapak aku. Aku kesian kat bapak aku. Sewa rumah umur dah tua..dia bukan ada keja apa pun.

Ko bayangkan kami terpaksa jual rumah tanah semua. Time tu, memang sedih sangat. Aku buat banyak kerja. Pagi aku kerja kedai buku, malam aku cashier kat 7e sampai 4 pagi baru balik. Aku dah biasa hidup susah dari kecik.

Orang lain cuti sekolah, aku pergi kerja. Start kerja masa Form 3. Curik curik sebab bawah umur lagi. Merayu dengan bos bagi kerja jugak sebab nak sara family. Nak bayar yuran sekolah semua. Sepanjang study satu sen duit pun aku tak pernah mintak dari family.

Kakak aku pun anak anak dia aku banyak sara sebab abang ipar aku kerja kebun je. Sekarang ni alhamdulilah lega banyak dah. Sekarang bila aku ada duit aku beli semua apa yang aku tak mampu beli dulu.

Kita kena bersyukur sebab ada yang lagi susah dari kita. Bila aku tengok Bersamamu tu lagi kesian. Maksudnya, aku dulu pun boleh lagi merasa makan sedap. Alhamdulilah.

.

Sebab itu, syukur. Syukur. Syukur.
Kalau pun kau tak mewah sampai holiday sana sini macam orang lain, kau kene syukur. Tengok orang bawah kita, bukan atas kita.

Ini cerita dari sahabat KakJojes. Bukan rekaan. Ia nya benar benar belaka. 

Tak percaya? Terpulang.