CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 7, 2017

Ikhlas dalam ujian - Redha


Hari ni nak kongsi pengalaman tentang ikhlas dan redha ni. Dulu, kereta saya pernah dicalarkan di bumper belah kiri kereta oleh sebuah kereta wira yang pemandunya mabuk. Geramnye la mase tu. Beria konon janji nak byr rm700 besoknye. Saya pun kate, ok xpe. Tggu besok. 

Besoknya, rumah pelanggar kereta tadi kosong! Yup. Dia dah lari. Sy ade pegang no.ic dia, rakaman suara kate jnji nak byr kos cat dan sebagainya. Tp, bile lame2 fikir, xpe la. Dia dah memang hidup susah lagi menyusahkan. Nape sy nak susahkan lagi? Saya pun cuba la belajar utk melupakan janji2 manis beliau.

Tak lama selepas itu, saya dilanggar seorang pemandu warga asing dengan kereta sewa. Habis kemek pintu sebelah kiri bhgian blakang, pintu penumpang. Tu pun ada hati nak lari! Nasib saya ingat no.plat. terus pergi report polis. Nasib saya baik. Tukang mekanik yang nak tolong saya di balai polis tu kenal owner kereta sewa. Dia mula slowtalk dgn saya. Dia jnji akan ketukkan pintu kereta jadi brand new sekali cat, tp tlg jangan mnx dia tukar pintu baru sbb lagi mahal. 

Ikutkan hati mmg la nak pintu baru kan? Tapi, saya kasihan dengan orang tengah tu akhirnya saya setuju saja dengan cdgn dia. Bila dpt balik kereta kat saya, saya terkejut! Bukan sahaja dia tepati janji dengan mengetuk kemekan mcm brand new, kesan calar pada bumper kiri kesan langgaran kereta wira yang terdahulu pun dicatkan semula! 

" awak banyak tolong saya kasi senang keje, saya mnx bos sy kasik diskaun cat la. Owner kereta sewa setuju byr. Im happy for u akk. Jage kete elok2 aa?"

Sekian. 

Betullah yang org alim2 selalu ckp tu - Allah tak bagi ape yang kita nak, tp dia bagi ape yang kiter perlu. Kiter hanya perlu minta dan berharap yang terbaik untuk kita. 

Nak tau kiter ikhlas ke x, kiter buat ape2, tanpa harap blasan. 

Nak tau kiter redha ke x, kiter menerima dengan penuh kerendahan.

Sori la panjang lak membebel. Nanti senang2 kiter share lak cerita pasal jangan doa pelik2. 

K bai.

Sumber : N Shahida Bidin