CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 3, 2017

Priorities : Keutamaan

Priorities.

Priorities tu maksudnya, keutamaan. Keutamaan yang perlu kau susun tentang apa kau nak buat setiap hari.

Contohnya. Kalau kau disuruh pilih makan dulu atau kutip spenda bergolong macam nombor lapan tepi mesin basuh tadi, mana yang kau buat dulu?

Kau orang tahu, ada saja orang gagal dalam dalam proses ini dan akhirnya tertekan seorang diri malah ada yang menyusahkan orang orang sekelilingnya pula. Lebih best, menyalahkan pula orang lain lebih dari melihat kesalahannya. Apa kejadahnya semua ini?

Pepatah jawa ada cakap, if you fail to plan, you plan to fail. Jadi jawapan pada soalan kat atas tadi, kalau kau kuat makan, misti lah kau utamakan makan dulu dari spenda yang dah lama tersengih tu. Betul tak? Kalau tak pun, kau boleh buat dua dua sekaligus. Kepit spenda bergolong di celah ibu jari kaki kau dan letak dalam mesin basuh. Setel!

Kau gelak apa? Macam tak pernah buat. 😏Okbai.


#kakjojesbebel