CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 9, 2017

Sandwich-apa-adanya..

Sandwich-apa-adanya.

Bila kau dah terrrrbiasa makan pagi a.k.a breakfast, bangun bangun saja dah fikir nak makan apa.  Dek terlupa membeli planta semalamnya, jadi kita buat sandwich-apa-adanya saja hari ini.

Kreativiti masak kau akan tercabar apabila kau hanya ada beberapa barang saja untuk digunakan. Untuk sandwich-apa-adanya ni, KakJojes menggunakan telur sebanyak 5 biji dan telur telur itu dihancurkan lepas kau orang rebus. Jangan hancur sangat pula. KakJojes pakai rice cooker je rebus. Bahahhahahaa..

Disebabkan kau tak ada planta, nampak pula sup cendawan campbell sepeket terselit dekat rak tu. Hah! Kau bancuh lah sikit dengan air panas dan tuang dalam telur yang kau hancurkan tadi. Gaul rata. Takpayah letak garam. Sup cendawan tu dah masin. 

Lepas tu, selet dekat roti kau nan sebuku tu. Letak dalam bekas bertutup supaya laki kau boleh bawak pergi kerja. Idak le nak makan semua nye kan. Taraaa! Siap dah. Sandwich-apa-adanya versi KakJojes the mojes.

Sedap tau. Kau orang cuba lah! 😘😘 morningggggggg...


#kakjojesmakantakhabishabis #asyaimi #somimini