CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 30, 2017

Anak awak ada di dunia, anak saya ada kat syurga..

Semalam, KakJojes kongsi satu entri berkaitan anak di Facebook KakJojes.
Berserta caption lah opkos kan.

"Tak ada anak bukan JENAYAH. 

Fundamental begini, patut juga dipasak untuk orang orang keliling supaya tidak ada lagi soalan soalan berbaur 'riak'. *terus teringat kisah lubang macam jamban.*

Sensitif sikit. Kau orang bukan tahu apa pasangan itu lalui. Dan tak ada sebab juga untuk mereka bercerita kepada kau orang. Kau fikir kau siapa. Kata Mawi dan Syamsul Yusof. Bukan KakJojes kata tau. Kahkah.

Oh. Jangan kata kau orang faham selagi kau orang tak lalui hakikat sebenar yang orang tu lalui. Okeh?

Selamat bekerja di Ramadan ketiga. 😘

#kakjojesbebel*


Dan ramai juga sahabat KakJojes 'share' di Facebook masing masing.
Tapi ada satu post yang buat KakJojes tertarik dan ingin pula berkongsi disini.

"Orang yg takde anak selalunye ok je. Happy lagi ada bila hidup ber2 je. Honeymoon hari2 tau. Orang luar je dok fikir kesian kat kami ni. Motip? Setakat ni belum ada lagi kawan2 or saudara mara mulut puaka tanya soalan pelik2 psl anak. Benda biasa, org buang anak ko kecam, org takde anak pun ko kecam. Kalau org kecam ko pandai plk sentap? Bila Allah nak bagi, akan ada lah. Relax2 sudah. Kalau korg cakap nikmatnya ada anak penyeri rumah tangga, meh aku nak cakap nikmatnyaa bila hidup ber2 sahaja. Hari2 fefeling pengantin baru. Masa hanya untuk each other, tak terbahagi tau. Cuba igt balik time korg baru kawen dulu, syok kan? Haa kami berperasaan mcm tu bertahun2 tau, gila tak syok. Kau tanak masak ke, tanak kemas rumah ke, nak bgn tdo pkl doblas ke, sukati kaulah takde ape mslh. 

Tapi walaupun happy bahagia, bkn la bermaksud kami2 ni taknak ada baby lgsg, so of course la kena berusaha setiap hari. Ehh 🙈🙈🙈

Edit: tambahan lagi, kite bukan tak ada anak tau. kite ada anak, tapi Allah sayang anak kite, Allah ambil awal. anak awak ada di dunia, anak kite kat syurga. tak ada beza awak dengan saya, dan tak ada beza saya dengan mereka2 yang belum ada rezeki mengandung. kita semua sama sahaja. "

"Haha ntahla. Maybe sesekali depa tringin jgk nak dating2 mcm kita, jln2 sana sini senang takda *handbag*. Sama la mcm kita trign nak ada baby, jaga baby, htr anak sekolah, sama mcm depa dok buat jgk. So benda2 ni ada pro n cons nye, kita manusia kena pandai nilai. Rezeki masing2. Ada bahagiannya. Kita tak blh tamak. Kita dh dpt byk dh Allah bagi. Takkan Allah nak bg semua. Kan. ❤"

"InsyaAllah zaman sekarang ni manusia dah berfikiran terbuka. kena fikir 1 je, iaitu Syukur. kite selalu trigt kat kawan kite ada sorang, lepas kawen terus branak, lepas beranak, mengandung lagi, dan seterusnya, skrg anak dah 5. muda lagi, umur kite nad. itu rezeki dia, tapi dia selalu mengadu penat, takde masa rehat, suami tak tolong jaga anak. nak beli barang untuk anak2 duit tak berapa cukup (sebab dia tak blh kerja, anak ramai kan). dia selalu cite trign 1 hari je untuk diri sendiri, pg shopping brg2 diri, bercantik2. so bila kite fikir2 psl ni, esp blh la relate dgn kamu kak jojes kan, hehehh =P hari2 pasang badan, beli itu ini, makan itu ini, itu rezeki bahagian kita. rezeki bahagian dia mungkin dia byk anak, tapi rezeki bahagian kita benda2 yang dia takde dan dia teringin tu. Allah Maha Adil, kita kena sentiasa bersyukur. kite pernah cakap kat husband kite, 'syg, kalau kite ada baby, life kite akan perfect. tak ada apa lagi yang kita nak usahakan. kite dah puas hati dgn career, family semua happy. cuma kurang 1, kita just takde baby je. kalau ada baby semua akan perfect.' tapi bila kite fikir2 balik, mana ada org yang perfect dlm dunia ni. Allah bagi sama rata dah. kita kena bersyukur je. apa yg kite ada kak jojes oi, org lain terign sangat2 sampai menangis2 depa teringin. so lets lah bersyukur."

Hah! 
Padu ke idok?
Lets lah bersyukur katanya. Kihkihkih.

Tabahlah wahai wanita yang diuji tanpa anak.
Kalian sebenarnya, hebat!

Sumber:
FB Aimi Nadiah Ramli
FB Adila Ismail