CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 6, 2017

Mangga Asamboi buat sendiri..

Mangga asamboi.

Itulah semalam. Beli beli barang dapur. Terrr nampak mangga. Lama juga KakJojes berteleku di rak mangga dek fikir mangga mana yang orang dok pakai buat mangga asamboi tu. Sesambil tu Google la cara membuatnya. (Kau faham faham saja lah KakJojes tak pernah buat menatang ni).

Lepas tu terus pilih empat biji mangga yang hijau hijau. Bajet bajet itu yang muda lah. Kahkahkah. Kendian terus cari asamboi. Sebab kata Google, bahan nya cuma asamboi, mangga, garam, gula dan cili. Nampakkkk tak.

Sampai rumah, terus mengupas mangga tersebut sambil tahan air liur meleleh. Potong panjang panjang. Letak dalam bekas. Letak enam sudu gula. Satu sudu garam. Tabur asamboi. Cili api kau potong la dua biji. Kendian kau tutup bekas tadi dan kau goncang. Nak cepat. Kahkahkah..letak dalam peti es. Biar sejuk.

Lepas letak dalam peti sejuk tu terbayang bayang la mangga tadi. Adohai. Stress.. Dan sebab dok terbayang ja, terus bukak peti es, makan. 😂😂😂😂 sedapppp!! *perasan*

Tadi KakJojes masak kacang bonces goreng. Lala pun ada. Goreng gitu ja. Alhamdulilah untuk makan tengahari tadi. Weekend saja dapat masak. Hari biasa balik kerja dah pensan. Ni nak pergi kokak mangga asamboi lah. Terkecur kecur airliur ha. Kahkahkah.

Hah! Jangan dok kata mengandung ka apa. Kau orang tak tahu ke KakJojes memang suka makan? 😌😌😌 okbai.

Nota : taip wallpost ni pon rasa meleleh leleh je air liur. 😂😂😂 


#kakjojesmasak