CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 18, 2017

Apa kau orang dapat dengan RM60?

Kau orang ada RM60 kat tangan. Nak singgah bank, malas. Jadi gunakan RM60 tersebut untuk beli barang barang dapur. Apa yang KakJojes dapat dari RM60 tersebut?

Untuk barang basah, KakJojes dapat udang besar RM10 (sekilo rm50), sotong RM14 5 ekor (sekilo RM28) dan ketam 3 ekor RM10. (Sekilo RM23).


Yang lain KakJojes beli ikan bilis dah kopek RM 10. Tempe dua ikat, ulam daun selom seikat dan cili merah 7 biji jumlahnya RM 5. Kacang bonces, karot sebatang dengan cauliflower pula KakJojes dapat RM 6. 

Dan paling penting, cili api hijau yang buat sambal hantu haritu dalam setengah kilo (agaknya) dan sebungkus cili burung RM 1 berserta pucuk gajus dengan jumlah RM 5. Cili burung ni yang kecik kecik kontot kontot tu. KakJojes taktahu la kau orang panggil apa.

Barang barang ini insyaAllah tahan maksima empat ke lima hari kalau KakJojes rajin masak. Kalau malas, makin panjang la masa tu. Kahkahkah.

Kalau ada orang kata, beli saja. Jimat pun jimat. KakJojes senyum saja. Kalau suka beli dan lebih mudah, buatlah. Kalau suka masak sendiri, teruskanlah. Selera kita kan berbeza.

Nota : Membeli berpada pada ya. Masak? Jangan berkira. 

Aimi Nadiah Ramli
Pengurus Rumah Separuh Masa

#kakjojes