CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 15, 2017

Ketupat riben

Saja lah cubajaya. Maklumlah setahun sekali anyamnya. Ini kan warisan kita. 

Teringat masa zaman di MITCO Petronas dulu. Ada pertandingan menganyam ketupat. Masa itu, KakJojes peserta termuda. Masa itu lah. Kahkahkah. Dan mendapat tempat kedua. Ke pertama tah. Lupa.

Bangga juga la bila orang kata, eh, kau pandai menganyam? Ingat tau bergaya je? Iyalah. Dulu, rambut perang macam jambul jagung. Skirt kau tak pendek, tak sah. Kasot kau, kalau tak tinggi, bukan Emi lah. Mana lah orang percaya kau pandai menganyam ketupat ala ala gegadis desa. 

Emak lah ajar dulu. Gigih duduk sebelah emak. Tanya tanpa bosan. Emak pun, layan saja lah. Punya lah sabar emak agaknya. Kahkahkah.

Alhamdulilah dah kerja banyak tempat, ada la juga hasil tangan KakJojes bila tiba hari raya. Walaupun tak la hebat mana, boleh la kongsi ilmu dengan yang lain.


Ini KakJojes panggil ketupat bawang. Kat tempat kau orang, panggil ketupat apa?

#kakjojesmenganyam #ketupat