CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 8, 2017

Ramadan 12 : Mee Goreng

Lauk apa taktahu nak masak. Goreng mee saja lah. Mee goreng basah tak basah sangat versi KakJojes. Nampak tak, nama pun dah panjang. Kahkahkah..

Balik kerja jam 4.30 petang. Singgah pasaraya TF dan beli barang laju laju. Masa ini kau rasa duit kau selamat saja sebab kau perlu beli barang yang perlu saja. Sampai rumah kau campak selendang kat sofa, kau bersilat lah kat dapur sedia bahan masak.

Lepas itu, mandi, solat rehat ambil napas, pukul 7 kau campak saja dalam kuali. Goreng dengan penuh kasih sayang dan hidang dengan hati yang besar, tanda kau berjaya lagi masak hari ini.

Tunggu waktu berbuka sambil kau doa lah apa yang kau orang mahu. Kata orang, berdoalah sebelum berbuka.☺


#kakjojesmasak #ramadan12