CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 5, 2017

Ramadan 6 : Ikan selar goreng dengan cili kicap

Tengah pilih kacang panjang nak buat masak berbuka kononnya, KakJojes disapa wanita sebelah yang sedang asyik memilih kacang boncis. 

"Nak masak untuk berbuka ke tu?" Tanyanya.

Kakjojes menoleh ke wajah empunya suara lalu tersenyum manis.."Ya kak."

"Baguslah muda muda rajin masak. Esok kawen, senang. Orang laki ni kena jaga perut dia. Jangan dok makan luar je. Esok laki makan luar, ha, tak ke naya."

Baru je KakJojes nak jawab, beliau berkata lagi.

"Budak budak sekarang, nak kawen, seronok seronok. Tanggungjawab tah kemana. Tu yang banyak kes cerai berai. Masa bercinta dok berkepit semedang, kentut pon wangi, dah kawen, tak sampai setahun sebok nak bercerai. Tak tahan kononnya. Takut akak dik."

"Ya kak." KakJojes sengih. Ini kalau tak ada penutup perbincangan ni, ada yang berbuka kat sini karang.

"Esok kalau adik kawen, jangan harap kat laki semua. Lelaki sekarang bukan boleh harap. Akak ni nasihat je tau. Jangan rasa akak nak menyibuk ke apa ke.Tapi ingat tau. Kena taat dengan suami. Baru suami sayang. Eh, adik dah kawen ke? Rugi la, lawa lawa selim melim pandai masak lagi camni tak kawen lagi. Masa muda gini la nak beranak banyak banyak." katanya sambil jeling bakul KakJojes.

Okeh, tetibe nak sentap tang beranak tu. Boleh? 

Kemudian, beliau berkata lagi.

"Akak ni lain la, belum kawen lagi. Limited edition katanya. Hahhaa. Eh, lawa baju. Beli kat mana?"

.

Ujian sebenarnya. Nak tengok kau orang sabar ke tak. Penyudahnya, tak beli pun kacang panjang. Sebab dah tak boleh fokus. Hahahahha. Berubah lagi menu berbuka.

Ikan goreng dengan cili kicap diiring sup sayur bebola ikan untuk berbuka pada Ramadan keenam. Alhamdulilah. Cukuplah. Membazir amalan syaiton! Okbai.


#kakjojesteruji #kakjojesmasak