CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 18, 2017

Sampul Raya DIY

Semalam, ternampak kawan KakJojes share cara buat sampul raya DIY dari kertas pembalut hadiah dekat FB beliau. Saja lah baca dan tengok sampai habis. Menarik juga.

Pagi tadi lepas sahur, sambung la kemas apa yang patut. Sekali terjumpa lebihan pembalut hadiah segulung! Kachinggg!! Apa lagi. Kita DIY kan la jadi sampul raya.

Taraaaaaa!!! Baru dapat 5 keping. 5 keping kalau beli dah seringgit. Segulung kertas pembalut hadiah boleh dapat 12 keping sampul raya. Kau orang beli kertas pembalut yang tiga gulung seringgit tu. Jimat! Lain dari yang lain pun, ya.


Kau tengok. Ada ucapan congratulation lagi. Congratulation sebab dapat duit raya agaknya. Kahkahkah..

Nampak. Sama tak osemnya dengan sampul raya kuning Gene Martino tu? Ouchhh!

Nota : Tak banyak dapat sampul raya tahun ni. Semua nak jimat. Maka, buat saja sendiri. Hohoo..

#kakjojesdiy #sampulrayadiy