CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 30, 2017

Setengah tahun

Setengah tahun.

Esok, dah 1 Julai. Tidak pula rasa dah setengah tahun. Kalau kau hidup gembira, kau takkan pernah pun menyesal dengan masa lalu.

Tuhan itu Maha Kaya. Diberi apa yang kau perlu. Bukan apa yang kau mahu. Tinggal kau saja mahu syukur atau kufur. Rezeki pula, bukan takat kau boleh tukar baju raya baru, kesihatan yang baik pun rezeki yang kau perlu tahu. Bukan juga berapa orang anak kau mampu beri. Berapa ramai cucu kau boleh susuni. 

Hidup ini, ada turun naik. Kau selesa, kau gembira. Kau tak suka, beredar saja. Hati kau, kau jaga sendiri. Orang lain? Apa peduli. Hiduplah dalam realiti. Bukan drama macam kat TV.

Redha pula, mudah diucapkan. Nak buat MasyaAllah, tidak sesenang ucapan. 

Kawan kawan, hidup ini  #bukantentangkita saja. Ia tentang #kisahkutaksempurna. Apa kau dah sumbangkan, apa kau dah korbankan, simpan kejap-kejap. Teladan ada disekeliling kau. Samaada kau nak lihat ia sebagai pengalaman, atau kau buat buat tak faham. Hidup ini kan, pilihan.

Hello Julai. Please be nice to me kata orang Jawa. 😉

Aimi Nadiah Ramli
Bukan Penyanyi Korban Cinta


#kakjojesbebel #nadearamly