CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 6, 2017

Baju kurung manis

Baju kurung KakJojes dah tak berapa banyak. Betul, banyak mini kurung dan kurung moden sahaja. Kebaya juga. Sekali sekala ada juga pakai ke tempat kerja. Masa ini, rasa tak 'in' pakai baju kurung biasa katanya. (Nampak tak bongkak disitu)

Sehinggalah pada suatu ketika, ada rakan sekerja menegur.

"Puan dah lama tak pakai baju kurung biasa."

KakJojes senyum kelat. 

"Akak suka tengok Puan pakai baju kurung biasa tu. Nampak manis. Ayu saja." Tambahnya lagi. Rasa pahit pula air liur tiba tiba.

Katanya lagi, aura KakJojes terserlah pada setiap baju yang dipakai namun tetap berpandangan yang KakJojes tetap manis dan ayu berbaju kurung. Balik saja rumah, terus kira baju kurung yang ada. Hahaha. 

Begitulah. Pandangan orang berbeza. Ada yang suka begitu. Ada yang suka begini. Yang baik, kita ambil teladan. Yang buruk, kita muhasabah diri semula. Kita ini manusia. Kadang kadang, tak sedar sudah sedikit 'tersasar' dari nilai nilai kemelayuan itu. Tuhan hantar mereka untuk kita. Atas kita mahu melihat mereka sebagai apa.

Ya. Tiba tiba rasa nak beli kain lagi buat baju kurung supaya sentiasa manis dan ayu. Kahkahkah. Yang ini ok ke tidak? Kau orang jangan cakap ini kain cadar pula.


Aimi Nadiah Ramli
Yang gila kain pasang

#nadimora #kakjojesbebel

Mahu kain pasang pelbagai corak dengan kualiti terbaik?
Boleh ke page Kain Pasang Nadimora okeh!
😘😘😘