CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 5, 2017

"Chance of getting child is close to none"

KakJojes terpanggil untuk berkongsi tentang ucapan perkahwinan yang matang dari salah seorang dari kawan KakJojes.

Ucapan ini KakJojes tak pernah jumpa pun kat mana mana sebelum ini.

Meh baca. 
Semoga kau orang lebih rasa syukur atas kehidupan kau sekarang lepas kau baca coretan matang wanita ini terhadap suaminya.

❤ ❤ ❤

Pagi ini awak pergi kerja macam biasa. Jadi saya tahu awak lupa. haha...

Tapi tak apa, sejak 4 tahun yang lepas, Setiap hari awak buat saya rasa istimewa. 

Setiap tahun ujian kita berbeza. Tahun ini paling mencabar, tak dapat cuti raya. kahkahkah...

Tahun ini awak ajar saya erti redha. Tuhan bagi kita sesuatu bersebab. Tuhan tak bagi juga bersebab.

Itu yang awak kata bila kita sama-sama keluar dari bilik doktor selepas check up. Bila doktor kata 'chance of getting child is close to none', awak cakap pada saya tak apa,kita boleh belajar untuk tua berdua, sama-sama. Dan terus belanja saya makan aiskrim. 

Mungkin juga Tuhan makbulkan doa kita. Jika diberi rezeki zuriat, berikanlah yang mampu dipimpin ke syurga. Setiap hari doa yang sama. Mungkin amanah itu terlalu besar untuk kita.

Terima kasih untuk segala kasih sayang.
Maafkan saya atas segala yang kurang.

Selamat Hari Ulangtahun Kasih Sayang yang ke 4 dan moga ada yang seterusnya hingga ke syurga.

Isterimu yang masih belajar untuk mencinta,
Izzah Inani

10 Syawal 1438 H

Sumber : Facebook Izzah Inani

❤ ❤ ❤

Ini baru sweet. Bukan acah acah sawit.
Matang penulisan nya.
Baca banyak kali pon tak bosan.

Hah, rasa syukur ke idokkk lepas baca?
Kalau tak, kompom kau rasa hidup kau perfect.
Untunglah tak diuji. 
Sebab kau bukan yang terpilih.
Okbai.

Puan Izzah yang mesra disapa Kak Nonie ni, pemilik Serlom.
Kami kenal dalam online sebelum jumpa depan depan.
Macamana boleh kenal?
Dengan izin Allah.
Sekepala?
Tak. Kepala dia lain. Kepala KakJojes lain.
Mana boleh ada satu kepala saja.
Kahkahkah.

Eh. Serlom tu apa?
Menyelom ke?
Sini 👇 ada link. Boleh tekan untuk maklumat lanjut.


Nah KakJojes bagi hint.


Hah! Tekalah.

Kalau malas baca, boleh tanya kat nombor telefon ni.
 +6018-3965430

Nampak bebenor malas kau kan?
Okbai.