CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 1, 2017

Rumah

Facebook ini macam rumah. Kau perlu 'kemas' sentiasa isinya. Kau perlu olah semula susun aturnya. Kau perlu kisah tentang 'pengudaraannya'.

Kau juga berhak tentukan 'tetamu' yang datang di rumah kau. Ada 'tetamu' yang malu malu. Ada pula yang taktahu malu. Ada siap tak beri salam pun pakai terjah terus ke dapur bukak periuk kau sambil tanya, kau masak apa tu jemah.

Jadi Tuan Rumah, berpeganglah pada prinsip kau. Rumah ini macam syurga. Tak ada orang nak duduk dalam neraka. Maka, pandai pandai lah kau lah nak 'hias' rumah kau macamana. 


Nota : Gambar rasmi semasa Anugerah Perkhidmatan Cemerlang baru baru ini. Terima kasih jurugambar yang osem!

#kakjojesthemojes