CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 18, 2017

Syukur dari kufur..

"Emi, aku tak ok.."

Satu ayat terpapar selepas memberi salam di whatsapp. Ada ikon kuning menangis dihujung ayat. KakJojes berdebar. Namun, perlu bertenang. Sahabat ini benar benar memerlukan seseorang untuk mendengar.

KakJojes memberinya ruang meluah. Lama. Tersekat sekat setiap ayatnya. Mungkin menahan sebak sambil menaip. 

Usai cerita, pandangan KakJojes dipinta. 

"I feel you beb." 

Sebak. Benar. Terasa sungguh sakitnya di dada.

Sahabat ku, tidak mengapa. Rezeki mereka, Tuhan dah beri begitu. Rezeki kita pula, Tuhan bagi begini. Ada orang, ada anak pun tidak bahagia. Suaminya pula macam itu macam ini.

Ada orang, belum jumpa jodohnya. Ada orang, belum dapat rezeki kerja. Ada juga orang, belum dapat nikmat kesihatan sepenuhnya. Ia kan tentang rezeki.

Silapnya manusia, melihat apa yang dia tiada. Dari apa yang sudah ada depan mata. Bahagia pula dikira berapa banyak duitnya. Berapa ramai anaknya. Berapa banyak baju dalam almarinya. Hakikatnya?

Berbahagialah sahabatku dengan caramu. Manusia tidak akan berhenti bertanya. Manusia tidak akan memahami apa kau rasa. Kau, jalan terus saja. 

"Memang kita kena hadap semua ni ke beb? 😭" tanyanya.

Ya. Kita kena hadap semuanya. Kau tahu beb, suami aku pernah bertanya yang buat aku sangat tersentap. 

"Kalau kita ditakdirkan tiada anak, kita tak boleh bahagia ke sayang?"

Ya beb. Aku tersentak. Sebab aku baru sedar yang banyak Tuhan dah bagi aku selain zuriat sebenarnya. Dan ayat itu masih melekat kat otak aku sampai sekarang. Itulah ayat yang aku pegang dan ingat bilamana aku sedih.

Buat saja benda yang kau suami isteri gembira. Bukan orang lain yang tentukan bahagia kau. Kau sendiri yang tentukan. Ok beb?

Senyap.

Tak lama kemudian terpapar mesej "is typing..." di ruang atas Whatsapp.

"Thanks beb. Aku rasa lega sangat. Kau selalu ada masa aku susah. Dengar masalah aku. 😞Kau jaga diri kat sana tau. Aku nak mandi lah. Baru perasan belum mandi. Hihihi.." Mesej terpapar.

"Hoi!" dibalasku tanda marah. Saja. "Pergi mandi. Tak senonoh sungguh! Hahaha."

Lega KakJojes, dah boleh nampak beliau senyum walaupun tak nampak pun sebenarnya.

"Serius lega beb. Yang penting esok aku tak mahu fikir dah. Syaiton semua ni.." Balasnya. "Thanks tau. Kita sahabat sampai syurga." Tambahnya lagi penutup bicara.

"Kau kuat beb. Aku kenal kau. Aku doakan kau. Tabahlah!" Namun ayat itu hanya bergema dalam hati. 

Semoga kita semua terus dilimpahi rasa syukur dari rasa kufur. Amin ya rabb.

Aimi Nadiah Ramli
Yang masih bahagia

#nadearamly #kakjojes


Nota : Eh! Kain cantik! Okbai.