CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 6, 2017

"Tengok macamana suami dia redha.."

Cari kata.

Semalam KakJojes kongsi cerita dengan suami. Kisah sahabat KakJojes semalam itu. Suami kata, itu dugaan untuk dia dan suami. Tengok macamana suami dia redha katanya. Dan beliau siap letak icon mata bentuk love love lagi kat hujung whatsapp itu. Hahaha.

Begitulah. Bahagianya sesebuah perkahwinan itu bukan terletak pada anak yang ada dua tiga dan lima. Ia tentang tanggungjawab dan amanah yang kau perlu pikul bersama sama.

Dugaan pula sebenarnya buat kau lebih kenal pasangan kau itu orangnya bagaimana. Masih mahukah susah bersama. Masih mahukah sedih bersama. Atau masih mahukah setia hingga hujung nyawa? Wallahua'lam. 

Tak ada orang kahwin, nak menderita. Tak ada orang kahwin, nak diduga. Cuma, atas kita nak tempuhinya macam mana. 


Makanan dan pakaian? Aww, kedua duanya KakJojes suka. 

Aimi Nadiah Ramli
Yang masih belajar

#nadearamly #kakjojes