CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 22, 2017

U Mobile

U Mobile.

Siang tadi, KakJojes telefon Customer Service U Mobile bertanyakan tentang broadband KakJojes yang dah kena bar dek terrr raya sakan. Kahkahkah. KakJojes pun buat lah pembayaran melalui perbankan atas talian.

Tunggu punya tunggu, masih tiada signal internet. Sepatutnya sekejap saja. Dek kerana terlalu sibuk dengan tugas hakiki, waktu rehat barulah KakJojes berkesempatan menelefon pihak U Mobile. Dalam masa satu jam selepas memberi maklumat pembayaran, signal internet muncul! Yay!!

Sebab itulah email ini dihantar kepada KakJojes. Kakitangan di khidmat pelanggan U Mobile sangat membantu dan pujian diberikan kepada beliau atas layanan terhadap KakJojes yang superb! Kau orang tahu lah aku kalau dah bertanya, macam Sniper. Kahkahkah. Tapi, beliau melayan KakJojes punya lah sabar. Harap harap kau tak menyumpah akak lah dik!

Bukan setakat itu saja yang buat KakJojes gigih email maklumbalas kakitangan ini, beliau juga membantu KakJojes mendapatkan kembali sambungan internet dalam masa SATU jam sedangkan sebenarnya kau perlu tunggu TIGA HARI selepas pembayaran melalui perbankan atas talian bro! 

Gila kau nak tunggu TIGA HARI? Karang hidup kau orang tak gembira lah tanpa bebelan KakJojes berserta kain kain pasangnya dan mangkuk tingkatnya itu. Tak gitu? Ouchh!

Ada media sosial. Internet. Gunakan lah baik baik. Kau nak komplen, ayat kena baik baik. Nak puji, lagi seribu kali lebih baik. Mungkin ini tak bermakna apa apa pada kau, tapi ia mungkin bermakna pada hari hari mereka. Menggembirakan orang itu kan bagus. 😊

Apa KakJojes tulis kepada mereka? Biarlah rahsia. Kahkahkah.

Nota : Digalakkan membuat pembayaran di kios U Mobile untuk lebih cepat. Juga muat turun aplikasi U Mobile. Senang pantau bil dan kuota penggunaan kau beb!

Aimi Nadiah Ramli
Pelanggan Broadband U Mobile


#nadearamly #kakjojesbebel