CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 4, 2017

Cakap ke tulis.

Ada satu masa, memang kau akan beria ia nak kongsi cerita dengan kawan -kawan kau. Tak kisah la topik apa pun, tapi kau perlu mereka-mereka itu untuk mendengar.

Tapi, kau malas pulak nak taip. Jadi, gunakan saja lah 'voice recording' tu. Tekan lama lama, lepas itu kau bebel lah sana asal hati kau puas. Dan memang akan ada satu perasaan lega bila kau dah selesai bercerita. Tak kisahla kawan kau tu dengar ke tak. Kahkahkah.

Kau tengah syok nak hantar suara ni, mesej kawan kau pula masuk dari group yang sama. Iya, yang kau tengah bebel tak ingat dunia tu.

"Aku tengah dengar neh. Rasa macam Ai depan aku."

Tu belum guna hashtag #kakjojesbebel lagi. Katanya, bila baca wallpost KakJojes, rasa macam KakJojes betul-betul ada depan depa tengah membebel macam pertandingan bercerita tu. 😒

Hah, ada siap request lagi. 

"Harini kau tak nak hantar voice message ke?"

Kau orang ini fokus ke tidak apa yang KakJojes sampaikan selama ni? Esok, Cekgoo Markonah rotan baru kau tahu. Berangan saja dalam kelas. Okbai.


Nota : Beli lah sepasang dulu ha. Lain kena order pulak. 

#kakjojesbebel