CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 30, 2017

Hanger shawl DIY

Hanger shawl.


Haritu, beli dua. Tak cukup. Pergi DIY cari lagi. Tup tup, warna biru tinggal dua. Terus beli tak fikir apa. Jadilah, buat sangkut shawl selai dua. Ini pun, malas nak melipat sebenarnya. Maka, kita gantung semua. Kahkahkah.

Satu penyangkut boleh letak enam belas helai. Setiap satu barisannya muat tiga atau empat shawl. Ada empat barisan, maka enam belas jumlahnya. KakJojes beli di DIY. Harga satu RM 4.30. 

Untuk masa ini, cara ini sahaja yang sesuai untuk KakJojes yang tak berapa rajin mengemas ni. Nantilah, kalau ada idea lain yang lebih jimat ruang, kita cuba. 

Oh, penyangkut ini dibalut dengan kain baldu. Jadi, kalau kau orang dah gosok shawl, sangkut saja di atasnya. Nescaya shawl kau orang pun tak melorot. Terletak menawan saja di situ. Tak perlu pakai sepit bagai. Leceh.

Jangan tanya balik ke tidak. Sentap! Kahkahkah. Okbai.

Nota : Kalau ada idea simpan shawl, kongsi kongsi ya. 😉

Aimi Nadiah Ramli
Suka Buat Shawl

#nadearamly #kakjojesbebel