CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 16, 2017

Masak Lemak Cili Api Wan Lang

Suami request Masak Lemak Cili Api Daging Salai macam Wan Lang beliau. Alamak!

Maka, balik kerja tadi, terus pergi beli daging salai dalam peket, (KakJojes pernah cerita dulu) cili api hijau yang sedikit kedut, dan santan di pasaraya TF. Gigih!

Apa yang KakJojes ingat, Wan Lang kata cili dan bawang yang dah kisar tadi kau masak atas api sampai kering baru masukkan santan. Kemudian baru masukkan bahan-bahan lain. 

Dan hasilnya, beginilah. Melambung-lambung KakJojes dipuji suami sebab kali ini berjaya betul masak masakan kegemaran beliau. Gila ah! Kahkahkah.


Itulah. Masak-masak ini, tanyalah dengan orang yang lebih arif di dapur. Kau yang seminggu sekali ke dapur tu, ringan-ringanlah mulut bertanya. Orang orang lama ini, banyak petuanya. Atas kau nak rajin bertanya atau buat taktahu saja.

Somi KakJojes ni, darahnya ada Negeri Sembilan sedikit. Jadi kau faham-fahamlah pedas dia nak level mana. Kau yang jadi bini pun, gigihlah layan tekak suami kau nan sorang tu. Pahala dapat, puji pujian pun dapat. Hilang semua penat bersilat tadi. Kahkahkah.

Orang kata, suami ini perlu jaga perutnya. Okbai.

Aimi Nadiah Ramli
Yang Suka Dipuji Suami

#kakjojesmasak