CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 9, 2017

Pendaftar Kelahiran

Lepas makcik kahwin dengan pakcik, makcik suka nama Asyraf. Konon-konon, ada anak nanti boleh letak nama Asyraf. Sebab pakcik nama Asyrani. Asyraf Asyrani katanya. Haha.

Tapi, lepas makcik pakcik hilang baby kami tahun 2014 dulu, makcik bertambah suka dengan nama ini. Hikmah Allah uji kami, pakcik nampaknya makin sayang dekat makcik. Kahkahkah.

Eh, bukan lah dulu tak sayang. Sekarang lagi bertambah sayang. Alhamdulilah. Dan makcik sedar yang tak semua orang kahwin Allah kurniakan zuriat. 

Manusia itu, diuji pada titik lemahnya. Sama juga kami. Dan makcik dan pakcik percaya rezeki itu luas maknanya. 

Ibubapa kamu menanti kamu lebih 9 tahun nak. Makcik tahu lah,sebab makcik belek buku pink ibu kamu. Hihi. Kamu juga ada kakak/abang yang dah tunggu dan tarik ibubapa kamu ke syurga. Sama macam makcik. Dan di dunia, mereka ada kamu untuk mereka galas amanah sebaiknya.

Makcik doakan, agar kamu jadi anak yang berguna dan berjasa kepada orang tuamu. Dan semoga kamu terlindung dari mehnah dunia. Amin ya rabb..


Oh, makcik lupa makan ubat. Maafkanlah makcik terbebel ya.

Aimi Nadiah Ramli
Makcik Pendaftar Kelahiran

#kakjojesatwork