CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 7, 2017

Vege lah sangat.

Bila kau pun tak ingat kau makan ubat berapa biji dan kau terus terlena dibuai mimpi. Bangun bangun saja, sudah hampir maghrib. Segar! Sakit yang menghantui kau sejak seminggu lalu hilang entah kemana.

Cepat cepat bersihkan diri, sujud syukur atas nikmat kesihatan yang dikembalikan. Walaupun tidak sepenuhnya lagi, itu pun dah kira syukur.

Dia uji kau. Sedikit. Nikmat kesihatan. Terus kau tak mampu kemas rumah seperti biasa, tak mampu fokus kerja, dan yang utama, tidak fokus dalam mengingatiNya. Lalu kau rasa apa?

Banyak Dia sayang kau. Banyak Dia bagi kau. Tapi, kau asyik nampak yang kau tak ada saja. Manusia. Begitulah. Rezeki itu katanya, anak saja. Duit berjuta. Suami pula kaya. Gembira berjalan kesini sana. Sedangkan, rezeki itu luas cakupannya.


Okeh, ini lauk acah acah vege. Padahal itu paling cepat masak sebab dah lapar. Kahkahkah. Siapa bangun tidur tak lapar, dia hebat. Okbai.

Nota : Doa-doa KakJojes sihat sepenuhnya ya. Terima kasih. Semoga kalian terus dilimpahi rahmatNya. Amin ya rabb.

Aimi Nadiah Ramli
Syukur Sentiasa

#kakjojesbebel #kakjojesmasak