CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 20, 2017

"Betapa beruntungnya kita disatu sudut yang lain."

"Betapa beruntungnya kita disatu sudut yang lain."

Itu kata sahabat KakJojes. Memujuk seorang lagi sahabat yang dalam kesedihan. 

Begitulah. Hidup kau ini, beri manfaat pada yang lain. Walau pada kau itu biasa biasa, mungkin pada mereka itu luar biasa. Walau kau rasa itu tidak bermakna, mungkin ia besar impaknya pada mereka. Apa pun balasannya, biar Tuhan yang tentukannya.

Lihat bunga ditaman kita, bukan bunga ditaman jiran tetangga. Manusia sifatnya tidak sempurna. Iri hati cemburu, itu biasa. Cuma, kita perlu syukur sahaja. Kau takkan kisah apa orang ada, apa kau tak ada.

Kau hanya gembira menikmati udara yang Tuhan beri. Kehidupan yang gembira tanpa ada rasa iri. Juga senyum tanpa kisah apa orang fikir dan cakap tentang diri.

Sahabatku, aku cuma mampu berdoa, kau diberi ketabahan sentiasa. Asbab aku juga manusia biasa. Ada kekurangan sini dan sana. Namun, aku punya bahu untuk pinjaman gugurnya air mata. Dan telinga yang mendengar dengan setia.

Kekurangan kita kekuatan kita. Kelebihan kita, simpan sendiri sahaja. Kelak manis dipenghujungnya. Hidup ini bukan tentang kita saja. 

Semoga kalian semua berada dalam rahmat Nya. Amin ya rabb.


Aimi Nadiah Ramli
Masih Berjuang

#nadearamly #kakjojes #bagchomel