CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 11, 2017

Empat meter dapat dua helai?

Sebelum dapat kerja tetap, KakJojes kerja swasta dekat tiga tahun. Nak pakai baju kurung itu, err, hari jumaat saja nampaknya. Baju kurung pula, kau boleh kira dengan jari. Itu pun, baju raya. Kalau tak, non hado. Kahkahkah.

Masa itu, kawan merangkap eksekutif KakJojes ada bagi satu tips jimat. Jimat ruang almari kau, jimat duit poket kau.

Kau cuma perlukan satu sahaja kain untuk dipadankan dengan pelbagai baju. Contoh, satu kain hitam boleh dipadankan dengan macam-macam warna baju.

Empat meter kain, kau dah dapat dua helai baju. Dua meter baju kurung biasa atau mana mana jenis yang sesuai ikut kepandaian tailor kau orang. Juga sesuai bagi yang gemarkan kain plain dan bajunya pula bercorak.

Mahu kain bercorak pon boleh. Asalkan kau orang pandai suaipadankan dengan bajunya. 


Terima kasih la Nor Azerin (segan nak tag) bagi tips beberapa tahun dulu. Sekarang baru kita dapat aplikasikannya. Hahaha..

Tengok ada kain warna apa dalam almari dan cari dua meter lagi untuk suaipadan. Jimat! Zass!

Nota : Ada 4 helai baju untuk satu kain. 

Aimi Nadiah Ramli
Ex RMD MITCO

#nadimora #nadearamly

Notakaki : Untuk lebih banyak kain pasang terkini, klik ke www.nadimorana.wordpress.com. 😉