CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, September 3, 2017

Siapa budak lahir 80-an? Kita geng!

Sepuluh tahun.

Dulu-dulu, aplikasi begini, hanya dapat di kedai atau cakera padat. Belum ada Play Store lagi. Maka, kerja kau dulu, membeli dan mencuba.


Zaman itu juga, henfon sangat mahal. Kau pakai yang ada camera tu kira osem dah. Lantak lah format VGA pun, janji bukan ada infra-red saja. Kahkahkah..

Belum cerita pasal ringtone. Siap taip sendiri. Dah rasa hebat macam komposer. Kahkahkah. Ok, cuba compose dekat henfon kau sekarang.

Setiap sen pada topup kau dulu sungguh bermakna. Kau tak dapat la nak taip penuh begini. Masok huruf ke mukasurat kedua, kau dah kira cas lain. Jadi kau akan cuba juga buang semua huruf vokal dan pendekkan perkataan yang ada. 

Ini, zaman internet pun kau masih taip tak penuh kau kedekut apa lah? Tak boleh move on zaman 3310 ka? Atau kau orang ni #dakdakwicet? Tanya saja. 😏

Siapa budak 80-an? Kita geng!

Aimi Nadiah Ramli
Bukan Budak Wicet

#kakjojesbebel