CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 3, 2017

Mee Goreng Campak Campak

Balik kerja semalam, singgah pasaraya Rapid. Dalam kepala fikir mahu masak mee goreng saja. Sebab tadi dah makan nasi goreng ayam.

Whatsapp housemate. Tak bluetick. Doa doa lah dia tak pergi makan memana balik sekolah karang. Nanti siapa pulak nak habiskan mee goreng tu pula kan.

Sampai rumah, terus bersilat kat dapur. Tengok tak bluetick jugak. Eh, selalu baca je whatsapp makcik ni. KakJojes teruskan masak sampai selesai.

Tengah mandi, macam dengar beliau balik.  Lepas tu beliau jerit dari bilik. "Emi, baru baca whatsapp ni.." Siap cakap belum makan. Mujur! Sekuali ha KakJojes masak. Dan makanlah kami dengan gembira. 

Nampak buah mangga epal. Kekah lagi. Buat pencuci mulut katanya. Kahkahkah. Cuba cakap apa benda yang paling best saat kau lapar tak kira masa. Makanan lah! Okbai.


Aimi Nadiah Ramli
Mood Masak Dah Datang

#kakjojesmasak