CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 14, 2018

BERKAT..

Kenduri dulu-dulu, siapa yang rajin 'rewang' pasti ada 'berkat'. Berkat ini, lauk pauk kenduri itulah. Tanda terima kasih tuan punya rumah atas pertolongan jiran jemiran yang gotong royong bersama.


Zaman ini, ramai sudah guna katering. Senang. Pengantin pula, tak rasa menggosok kerak kawah dan bontot kuali. Jadi raja, sehari saja kata nya. Lepas itu, kuali segala periuk belanga dah tunggu di dapur.  

Saja tanya kedai lain tentang keadaan tab KakJojes itu. Bukan masalah LCD, tapi power supply katanya. Kos nya pula cuma RM 280. Kau tak rasa ada sinar harapan kat situ?  Kahkahkah. Apa pun, always seek for second opinion ya. :-)

Dah kenyang, mengantok pula. Okbai.

#kakjojesbebel