CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 7, 2018

KakJojes The Untold Stories 2017 : Part 1 : Tak tahu...

Tahun 2017 boleh kata tahun yang agak sibuk untuk KakJojes dan awal tahun haritu entah dapat kekuatan mana nak usaha lebih sedikit untuk zuriat.

Dah terasa tua gamaknya. Kahkahkah.

Tapi akhirnya KakJojes give up! Ada rezeki, ada la. 

Dan tahun yang sama juga, memang KakJojes sedikit sibuk dan penat dengan kenduri kendara. Untuk rekod, tahun ini dua kenduri kahwin adik kakJojes dan satu kenduri adik ipar KakJojes. Sebagai kakak yang osem, misti la kau antara orang kuat adik adik kau kan. Kahkahkah.

Dah nama pun kenduri. Penat tu mistilah ada. Penat tu pulak bukan hanya fizikal dan mental saja. Emosi pon sama. Tang emosi tu bila kau berat je hati nak balik Manjung. Sungguh!

Dah sebab tanggungjawab dan amanah yang kau pikul tu, taknak kena la balik juga. Haah, macam selalu, yang KakJojes shoot pepagi buta tu. Kali ni perjalanan agak jauh sebab terpaksa guna jalan Sungkai-Bidor tu, siap sesat barat entah kemana. Allahu, seram bila ingat semula!

Minggu yang KakJojes lalui seterusnya pula terasa lambat benar. Lagi lagi di pejabat. Tak sabar nak pukul 5, nak balik tidur. Baru hari isnin, dah tak sabar nak hari Jumaat. Tengahari jarang tidur dah jadi kuat tidur. Letih ya amat! Hujung minggu pula, KakJojes dah siap siap rancang nak rehat puas puas. Iyalah, penat tak habis lagi kononnya.

Masa ini, KakJojes masih taktahu apa sebenarnya terjadi pada KakJojes. 

..bersambung


#KakJojesTheUntoldStories #nadearamly #kakjojes