CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 7, 2018

KakJojes The Untold Stories 2017 : Part 2 : Ting!

Sambungan..

Ya, KakJojes masih taktahu apa sebenarnya terjadi pada KakJojes. Lesu, letih, nak tidur semedang, adoi, kau dah kenapa kan KakJojes. Padahal kau lah orang paling tak reti duduk diam dan tak reti maksud penat tapi KakJojes buat cool saja.

Sehinggalah KakJojes semak aplikasi MyCalendar yang memang teman setia dari zaman memuda belia lagi. Oh, bulan nak mengambang. Kahkahkah. Normal lah akan rasa letih semua tu kan. Sebab KakJojes tersangat la faham badan sendiri kononnya, jadi sedia sajalah hadap lagi macam bulan bulan lepas.

Tarikh sepatutnya bulan mengambang pun tiba. Namun, tiada pula apa apa berlaku. Rasa letih itu masih ada. Dan kemudian berlarutan sehingga hari Khamis 5 Oktober 2017. Tiba tiba ada sedikit tompokan warna coklat. Okeh, rasa nak lompat. Dia mai dah dia mai dah. Normal lah tu lambat 4 hari. Takpe. Rilek. Masa ini, KakJojes siap basuh telekung dah. Bahahaha.

Esok harinya, eh tak ada pula. Dah kenapa. Mejik! Tapi tak apa. Cool lagi. Masih bersangka baik. Stress agaknya. Letih lagi kan baru lepas kenduri. Masuk hari Ahad 8 Oktober 2017, KakJojes dah mula pelik. Lambat sangat ni dia tak mai lagi. Tak apa lagi. Rilek lah tengok tv dulu. Makan banyak banyak macam biasa. Bahahha.

Kat sini, pasar malam sekitar Giant (dah tutup dah Giant tu. Sobss) itu memang setiap hari sabtu dan ahad. Dan selalu juga KakJojes kesana, beli makanan beria. Punya malas nak masak. Kahkahkah.

Naluri nak tahu tu masih tinggi, jadi gigih la KakJojes cari UPT yang entah KakJojes letak kat mana. Rasanya macam ada satu. Cari weh, cari.

Ting! Jumpa.

Pahtu nak pergi pasar kena la pi kencing dulu. Okeh, jom pergi kencing sebelum kena kencing. 

Dengan lajunya, zupppppppp dua garisan terang! 

Oi, oi, apa makna ni. Lupa! Berlari lari cari kotak yang dah buang tu, tengok balik dua garisan itu maknanya apa. Eh halo. Last dapat dua garisan ni 2014 dulu, mana nak ingat. Lepas tu tak kuasa aku nak kena kencing lagi, memberi harapan palesu. Kahkahkah.

Tergamam. Terkesima. Terkejut dan macam macam ter lagi. Masa itu kau rasa keluar bilik air gigil gigil, tak percaya tapi kau masih blur tak tahu nak react camana. 

Tarik napas, whatsapp somi. Macam biasa lah somi pon blur macam KakJojes lalu bertanya,

"Eh, tanda apa tu..?"

Terus kau rasa gigil itu entah kemana. Rasa nak gelak lagi ada.

KaKJojes jugak ada beritahu beberapa sahabat baik yang KakJojes percaya untuk simpan lagi rahsia terkejut terkesima terpana KakJojes itu tadi. Nak kompom semula la kononnya. Sebab takut jugak nak percaya. Huuu.

Dah nampak dua garisan tu, dan dan lupa yang kau lapar tadi. Mende la.

Dan sebab katanya tak tepat keputusan waktu petang kalau buat UPT ni, maka gigih la membeli satu lagi nak cek esok pepagi nya. Nak beli hat Clear Blue tu, mahal pulak. Bukan boleh pakai soploh kali. Jadi beli hat morah. Kahkahkah.

Risau juga kena kencing dengan UPT yang dah berkurun tersimpan. Bila beli pun, KakJojes dah lupa. Nak gembira sangat pun macam tersekat lagi sebab masih tak percaya, tapi buat buat cool ja. Sampai pasar malam, beli makanan dua tiga jenis, balik.

Esoknya, 9 Oktober 2017, cek pepagi sebelum solat subuh, sama juga naik dua garisan. Okeh, lepas tu baru nangis nangis kat sejadah, percaya yang dah sampai masanya kau akan pikul tanggungjawab baru, pengalaman baru, dan cerita kehidupan yang baru.

Yang mana sebelum ni, kau suami isteri dah redha tentang hal zuriat. Sungguh!

Dan kau benar-benar sedar yang perancanganNya adalah yang terbaik dari segalanya.

bersambung..


Nota : Dua kali buat punya tak percaya. 

#nadearamly #kakjojes #kakjojestheuntoldstories