CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 17, 2018

KakJojes The Untold Stories 2017 : Part 4 : Ada dua kantung!

Sambungan...

Tiga minggu yang lama kurasakan itu sungguh teruji. (Nampak tak metafora kat situ. Kahkahkah). KakJojes mula mengalami alahan yang agak teruk (pada KakJojes la) yang mana masa ini lah sickness petang bawa ke malam. Kemudian, bawa ke esok paginya pula.

Masuk kerja tak usah cakap. Kalau pagi kau dah muntah muntah, kompom masuk lambat atau terpaksa cuti. Untung kalau boleh memandu, pergi klinik dapat MC. Syukurnya, KakJojes masih boleh makan walaupun selera itu ada tak ada sangat.

Ikut perancangan, KakJojes perlu jumpa doktor pada 30hb Oktober tapi disebabkan ada beberapa halangan, terpaksa datang pada esoknya pula.

Jam 9 pagi, KakJojes dah sampai klinik. Sempat wasap somi mengadu ketakutan yang tak sudah sudah. Sambil tak henti berzikir sehingga nama dipanggil masuk pada jam 9.50 pagi. Masa ini, kau cuma harap yang keluar dari mulut doktor itu semuanya berita gembira. Fobia beb, fobia!

Macam biasa, prosedur scan, kau perlu baring dan gel sejuk warna biru diletak. Uuu, sejuknyaaaa. Doktor mula melihat dari skrin..

"Alhamdulilah. Nampak dah jantung dia. Yang kelip kelip tu." Kata doktor. 

Ah, kau tahu apa rasanya. Kau tahu bagaimana perasaan itu masa pertama kali kau tahu ada nyawa bakal kau bawa selama 9 bulan nanti. Kelip kelip itu jelas! 

KakJojes berlagak cool. Padahal memang rasa nak peluk doktor yang dah macam ibu itu. Uwaaaaaaaaaa..

"Eh!" Kata doktor.

Terentap sekejap perasaan gembira kau tadi. Apa pulak lah kali ni.

"Saya nampak ada dua kantung la." Sambung doktor lagi. Diteliti nya lagi skrin tadi. Sambil cermin matanya digerakkan atas bawah.

"Betul. Ada dua kantung. Allahuakbar! Awak ada keturunan kembar ke Aimi?" tanyanya lagi.

Masa ini KakJojes rasa seluruh badan kaku dan terus terpana melihat skrin. Oh malangnya, KakJojes tak pandai tengok gambar scan. Bahahahaha. 

Cuba jugak tengok tapi tak nampak pun. *tepuk dahi*

Doktor dengan sabar terangkan lagi dan setelah berkali kali, nampak lah juga akhirnya.

Okeh, masa ini, serius nak nanges. Tapi kutahan jebat. Sebab lebih kepada terkejut terkesima terpana takpercaya dan segala macam ter ter laaa. 

"InsyaAllah, kembar tak seiras nanti ni." tambah doktor lagi. Okeh, ini teruja! Beranak sekali dah dapat dua. Hahahha.

KaKJojes dipesan juga masa buat buku pink di klinik kesihatan nanti, kompom semula dengan doktor sana pula asbab kandungan masih baru dan kecil. Mungkin mereka ada pendapat kedua.

Keluar dari bilik doktor, laporan terus dihantar kepada somi. Kau rasa, beliau tak terkejut? Terkujat juga. Kahkahkah.

Betul. Sebelah keluarga beliau tiada keturunan kembar. Setahu KakJojes juga, sebelah keluarga KakJojes pun tiada kembar. Maka kami simpulkan, ini bonus rezeki kami.

Agaknya, ini doa yang kawan-kawan selalu cakap gurau gurau sekali dapat kembar. Sebab itu kau kena cakap yang baik baik. Sebab kata kata itu jugak satu doa.


Nota : Pada masa ini, kandungan baru berusia 7 minggu.

Kau orang tahu apa jadi masa nak buat buku pink tu? Tunggu KakJojes sambung lagi. Okbai.

Bersambung..

#nadearamly #KakJojesTheUntoldStories