CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 30, 2018

KakJojes The Untold Stories 2017 : Part 6 : Fetal Demise..

Sambungan..
Disebabkan macam banyak saja benda berlaku jadi KakJojes buat ikut tarikh ya. Senang kau orang tak pening. Bahhaha..KakJOjes pon pening ha gamaknya. Jadi, mari gigih menulis dan gigihlah kau orang membaca.

17 November 2017 (Jumaat)

Temujanji dengan doktor selepas seminggu pun tiba. Macam biasa, ketakutan KakJOjes tak pernahnya padam. Disebabkan hanya temujanji doktor, bukan routine checkup biasa, maka KakJOjes terus diberi nombor untuk berjumpa doktor sebelum segala berat, tekanan darah kau diambil. Menunggu lah dengan sabar dan berdebar.

Tiba giliran KakJOjes, KakJOjes masuk dengan senyuman yang paling manis. Oh, doktor itu pun mengandung! Sarat juga nampaknya. Lepas beliau mengkaji buku keramat (buku pink) itu, KakJOjes disuruh baring. Untuk buat ultrasound la gamaknya.

Dup dap dup dap!

OKeh, nampak budak kecik itu aktif sungguh! Kau tahu kan perasaan orang pernah kehilangan. Jadi bila kau nampak anak kau gembira saja bergerak-gerak, kau rasa ada satu batu baru je lepas dari kepala kau.

“OKeh, baby satu ini okay. Nampak tak dia bergerak-gerak? Kita tengok lagi satu sac ya.” Kata doktor manis itu. Sambil digerak-gerakkan ke kiri dan kekanan.

“Saya kurang pasti tentang satu itu tapi nampaknya masih kosong sebab saya cari jantungnya tak jumpa.” Tambahnya. “Tak apa, saya referkan awak ke Hospital Manjung ya.”

KakJOjes senyum. “Baik doktor.”

Masa ini juga doktor berkali kali pesan, jika ada pendarahan terus ke hospital jangan tunggu-tunggu. Memang harapnya tidak lah begitu sebab KakJOjes takut darah oi.  Walau darah sendiri. Bahahhahaha.

Sementara tunggu buku keramat siap ditulis, KakJOjes tunggu diluar. Suami dan rakan-rakan terdekat diupdate melalui Whatsapp.  Tak henti henti depa suruh KakJojes berdoa untuk kembar nan satu lagi itu. Serius masa ini kau tak tahu nak respon camana atas satu kantung pengharapan kau itu.

“takpe beb. Mana tau tak nampak lagi. Kita doa sama-sama ya.”

Begitulah sahabat memberi peransang. Terharu sungguh!

Maka tarikh yang diberi untuk ke hospital ialah pada 28 November 2017.  Fuh!

Dari klinik desa, ke klinik kesihatan ibu anak (KKIA) dan kini di refer ke hospital pula. Mari super duper bertabah mencari parking! Bahahhahaha…

KakJojes pulang ke pejabat dengan seribu satu perasaan. Nak sedih, tidak juga. Nak menangis, tidak juga. Konfius. Maklomlah, tak suka berada dalam keadaan tertanya tanya.

Tapi tak apa. Serah saja pada yang maha Esa.

Nota : EDD KakJojes berubah lagi. 9 Jun 2018 pula. Awal! Tapi dekat dengan tarikh anniversary iaitu esoknya. Hohoo..



28 November 2017 (Selasa)

Sebab kau kena berebut parking, maka kau kena gigih awal bangun supaya temujanji kau tak lambat. (padahal still kene ikut nombor giliran. Semangat. Kahkahkha).  Syukur, rezeki kau dapat parking dekat sungguh dengan tempat yang kau kena lapor diri tu. Hahahhaa..

Rutin bakal-bakal ibu , kau kena kencing, cek air kencing, timbang berat dan segala tekanan darah dan nadi bagai supaya tahap kesihatan kau dipantau dengan baik. Iyalah, kau kan bawak satu nyawa lagi jadi tak boleh la selfish, tak dengar nasihat bagai.

Timbang-timbang masa ini berat baru 59kg. Tekanan darah kau memang tak boleh komen la, memang semedangnya rendah sebab ada tekanan darah rendah. *tepuk dahi*

Macam kau dah baca kat atas tu, time nak tunggu doktor tu lah paling gerun. Hahahha. Jadi bila tiba giliran, kau pun melangkah masuk dengan bergaya macam biasa. Okeh, ini memang poyo. Seperti biasa, doktor akan kaji buku pink keramat kau yang kau kena bawak pergi merata tu sambil tanya tanya kau sikit.

“Okeh, kita scan ya.” Kata doktor.

Kau tahu benda yang KakJOjes suka setakat ini ialah masa scan sebab masa itu saja kau dapat tengok anak yang kau tunggu berzaman lamanya bergerak dan aktif. Seronok kau ya nak!

Lepas scan, doktor still tak nampak jantung pada kantung satu lagi. Pada tahap ini pulak kau memang dah redha. Serius! Tak tipu.

Kau nampak yang seorang lagi itu aktif bergerak tak berhenti pun kau dah tarik napas lega, maka anggap la saja yang seorang lagi itu bukan rezeki kau lakibini.

Tak sedih? Tipulah. Tapi bila rasa syukur kau lebih dari segalanya, kau akan tahu rasa itu bagaimana.

Selesai saja semuanya, KakJOjes masuk kereta dan mula baca satu satu apa yang doktor tulis. Walaupun tak faham tapi kau nak baca jugak. Kahkahkha. Ada google, ada kengkawan, tanyalah.

G2 P0 +1 @ 12/52
Missed miscarriage in 2014, ERPOC done.
Referred from KKIA for twin pregnancy with 1 fetal demise.

Terus google fetal demise tu apa weh. Dan ini yang KakJOjes dapat lah.

“The loss of a fetus at any stage is a fetal demise. According to the 2003 revision of the Procedures for Coding Cause of Fetal Death Under ICD-10, the National Center for Health Statistics defines fetal death as "death prior to the complete expulsion or extraction from its mother of a product of human conception, irrespective of the duration of pregnancy and which is not an induced termination of pregnancy. The death is indicated by the fact that after such expulsion or extraction, the fetus does not breathe or show any other evidence of life, such as beating of the heart, pulsation of the umbilical cord, or definite movement of voluntary muscles. Heartbeats are to be distinguished from transient cardiac contractions; respirations are to be distinguished from fleeting respiratory efforts or gasps."

Sumber : https://emedicine.medscape.com/article/259165-overview

Fuh! Terus rasa macam belajar medic. Kahkahkha. Dan hasil dari scan pada hari ini pula menyaksikan EDD KakJojes berubah lagi iaitu 1 Julai 2018. Fuh!



Sekali lagi KakJOjes diberi tarikh appointment seterusnya untuk monitor keadaan kandungan dan ibu yang jojes ini. Muahhahaa..

26.12.2017 pulak kata doktor. Baiklah!

Nota : Kena masuk kelas menyusu masa tu. Ilmu baru. Best!


KakJOjes rasa apa lepas dua kali doktor sahkan kantung kembar kosong dan tak nampak jantung?

Berserah kepada Nya. Nampak klise. TApi itu tugas kita sebagai hambaNya.

Dapat rasa nikmat sickness twin pun KakJojes dah syukur, apatah lagi dapat tahu mengandung twin juga. Kau hilang salah satunya pula itu ujian dari Nya. Jadi kau nak meroyan, nak sedih kau dapat apa? Bersyukurlah. ADa orang rezekinya belum tiba. Kau yang dah diberinya, syukur adanya.

Pengharapan? Jujur, masih ada dihati kami. Mana tahu tiba tiba nampak pula kan nanti. Nak jugakkk. Kikikikikih.

Jangan risau. KakJOjes okay. Betul. Teruskan berdoa. TEruskan syukur. Terus bersangka baik dengan Nya. InsyaAllah yang baik baik juga akan datang dalam kau tak sangka.

Jadi, apa jadi dengan kantung yang dikata tak nampak jantung tu KakJojes? Kita tunggu next appointment punya cerita. Fuh! Gigihlah lagi KakJojes menulis ha. Bahhahahaha..

Okbai.

Ini gambar dengan geng cicah ronggeng masa zaman UiTM Seri Iskandar dulu.
Beliau la yang diberitahu secara berdepan masa depa lakibini datang nak makan. Nampak berdua tapi sebenarnya berempat berlima kau tauuuu! Kahkahkahkah..
Tarikh gambar diambil : 21 Oktober 2017



Ini gambar perasan selpie tanpa mekap. Masa ini dah rasa macam hantu Kak Limah. Tapi gambar ni paling lawa la antara semua. Kahkahkah..
Tarikh gambar : 24 November 2017



Dan gambar makan dengan kawan nan seketoi misti ada!
Makan kat Kenny Roger Roster sebab dua dua kelaparan. Kahkahkah.
Ini pun kami sedang berempat berlima juga.
Tarikh gambar : 26 November 2017


Gambar ini diantara gambar yang di snap masa mabuk teruk dan trimester pertama.

Fuh! Gigih!

Eh! Tunggu sambungannya tau! Tauu! Okbai.

#kakjojestheuntoldstories #nadearamly