CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 20, 2018

Sambal sotong peberet somi..lagi..

Balik tengok wayang tadi, gigihlah beli barang dapur sikit. Kasihan pula somi lama tak makan masakan air tangan bini dia yang osem ni kan. Kahkahkah.

Serius, dalam kereta kau tak tahu nak masak apa. Ditanya, tak kisah saya makan saja katanya. Adoi. Tercabar betul bila ditanya kau tak dapat jawapan sepatutnya.😑

Tapi. Sampai saja pasaraya otomatik sindrom bini solehah (kata osmet) kau pun sampai. Okeh. Saya masak sambal sotong peberet kamu ini hari. 

Hah. Belum masuk bertekak sekejap pasal sotong tu tadi. Sekor saja cukup katanya. Berkeras KakJojes nak dua ekor. Tapi endingnya kau tahu la geng bini selalu menang punya. Bahahahaha..

Nah! Sampai rumah gedebuk gedebak, siap! Masak nasi, goreng ikan masak taucu dan sambal sotong peberet suami setel. 

Hilang sakit pinggang kau bersilat memasak tadi bila somi makan dengan seleranya. Muahahah..

Nasi masak dalam rice cooker. Ikan goreng taucu goreng atas kuali. Sotong sambal apa lagi, Noxxa kau kan ada. 5 minit high pressure, siap! Okbai.


Nota : Bolehlah lagi sekali ulang makan malam nanti. 😉

Aimi Nadiah Ramli
Gigih Masak Sotong Sambal

#kakjojesmasak #asyaimi