CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 6, 2018

Seluar mengandung Shopee

Import kau.

Bila terjebak dengan Groupon suatu ketika dulu, terus terjebak dengan yang lain lain juga seperti Lazada, Shopee, 11 street. Setakat ini Shopee menjadi pilihan utama KakJojes.

Kekangan masa dan kemalasan nak merayap macam zaman muda mudi dulu buat KakJojes suka lagi hadap dua aplikasi belian online ini. Klik klik klik, dan duit kau pun susut tanpa amaran. Bahahhaa. Dan ini antaranya.

Kau tahu seluar mengandung punya mahal sampai namploh tujuhploh ringgit. Ini mujur dapat kat Shopee tigaploh hengget saja percuma penghantaran. Jadilah kau buat basahan dan selesa.

Kualiti memang tak la berapa sama dengan Scarlet. Tapi apadehal. Asalkan kau ada seluar nak pakai dari tak ada. Ini pon sebulan baru sampai. Maklonglah, ship from oversea. Kahkahkah.

Mujur ritu beli Scarlet time sale. Dapat la diskawan RM20. Eh!

Sekali terjebak, berjebak jebak jadinya. Istighfar eminadia. Istighfar!

Hah, ini tips. Kau shopping tu jangan lupa somi. Beli la seketui dua buat angin dia okay dapat bini suka membeli tak sudah sudah. Kahkahkah. Okbai.


Aimi Nadiah Ramli
Hitam Itu Menawan

#kakjojesbebel #nadearamly