CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 15, 2018

Susah sangat ke mengeja penuh?

Ringkas.

Entah jenis manusia bagaimanalah kalian ini punya di ringkaskan segala perkataan pada borang dan dokumen.

Taman jadi tmn. Tukar jadi tkr. Ini nama ayah kau Abdul pun diringkaskan jadi Abd padahal dalam kad pengenalan jelas dieja penuh. Allahu!

Pada borang boleh dimaafkan minta ditulis semula. Pada akuan sumpah? Pandai kau bising suruh buat semula. Dokumen rasmi kau ambil remeh. Esok lusa kau salahkan orang tak semak betul betul kata orang makan gaji buta.

Apa rasa membaca dengan ejaan tak penuh? Tak best. Serius tak best!

Kau cuba la. Tengok circle kau yang baca tulisan tak penuh kau tu. Tengok impak bila kau mengeja penuh pula. Apa beza. Melainkan kau memang tak ada perasaan dan rasa best semedang. 

Kau nak belajar menulis ejaan penuh semula dah tua bangka tak boleh terima teguran, kau folo lah Tuan Khairul Hakimin Muhamad. Sana, kau tahu betapa pentingnya beliau tegas dalam mengeja penuh. 

Maaf. Tak ada hormat untuk kalian yang tak hormat ejaan bahasa melayu yang betul. 

Malas nak membebel tapi terpaksa membebel.


Nota : Kau komen eja tak penuh kat bawah, siap kau orang.

Aimi Nadiah Ramli
Patut Pakai Lipstik Merah Menyala

#kakjojesbebel