CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 4, 2018

Barut..

Ini barut. Dipakai kepada bayi dan dibuat dari cotton flannel oleh #kakyong #tailorputrajaya sahabat KakJojes. Harga sehelai dengan kain termasuk upah ialah RM7. Kalau kau orang ada kain sendiri, beliau ambil upahnya RM5 saja.


Bengkung pula lain. Dipakai oleh si ibu selepas melahirkan. Untuk badan kembali normal macam anak dara..ouch! Banyak bengkung moden zaman sekarang yang KakJojes lihat tapi kalau kau masih nak cara lama, pun boleh.

Kata #kakyong lagi, bengkung dibuat bergantung kepada permintaan pelanggan. Ada yang mahu 7 meter, ada yang 9 meter. Kain yang digunakan pula ialah kain belacu selain kain batik lepas.

Kalau kau orang rajen, buatlah sendiri. Kalau malas nya lebih macam KakJojes ini, kau orang tempah saja lah. Kahkahkah. 

KakYong ini ambil tempahan baju baju pesen juga. Mana yang rasa takdak tailor lagi yang ada sekitar Putrajaya dan Bangi, cubalah hasil tangan beliau. Teliti sungguh orang nya. Pasti jahitan pun sekemas ayat yang disusunnya.

Cari facebook penama Nur Umira Nadiah. (Segan nak tag). Atau kau klik saja hashtag atas tu. Jumpa lah profail nya.

Haih rajin. Mana lah kau ni. 😒😒😒

Nak masak. Lapar! Okbai.

Aimi Nadiah Ramli
KakJojes Kurang Rajin

#kakjojesbebel #nadearamly #byumiranadiah