CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 13, 2018

Kuat kutil..

Mak taktahu lah nak. Kamu cari apak kah atau kamu memang aktif macam mak bak kata kawan kawan mak.

Dari malam kamu kutil mak. Mak nyembang pun kamu pon nak nyembang sama gamaknya. Ini dalam miting pun kamu kutil mak dengan kerap. Nasib mak tak melatah. Kihkihkih.

Bila doktor kata kamu aktif sangat, mak tak risau. Cuma mak pulak akan kutil kamu kalau kamu senyap. Itu, memang mak risau.

Benar. Mak cuma bakal mak mak biasa yang sentiasa risau. Itulah agaknya keluar hashtag #sindrommakmak tu. Hahhaha.

Mak rasa nak sambung lah #kakjojestheuntoldstories. Malam nanti InsyaAllah mak cuba ya nak. Ramai kawan-kawan mak nak tahu cerita kamu. Nanti kita minta doa mereka juga untuk kita ya. 

Tapi mak nak sambung kat blog saja, aci dak? Kahkahkah. Okbai. 

Alhamdulilah dah lulus.
Kita balik awal sejam, pahtu kita tido ok anak. 
Zass!


Nota : Mak bebel sini sebab tengah tahan sejuk ekon bilik mesyuarat ni macam kat kutub utara . 😂😂😂

Aimi Nadiah Ramli
Tak Tahan Sejuk

#nadearamly #kakjojesbebel