CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 9, 2018

Kula Cakes, Kuantan Pahang

Okeh, masa untuk checkout!
Babymoon dah habis. kahkahkah.


Alang alang dah sampai Kuantan ni, ada satu tempat wishlist yang KakJojes nak pergi.
Iaitu 
.

.

.

Taraaaa...


Kula Cakes!

Tempat wajib pergi kata kawan-kawan kalau sampai Kuantan. 

Disebabkan kedai dibuka pada jam 1 petang, kami dah sampai awal sebab dah kena checkout pukul 12 kan. 

Tapi amazingnya. Dah ada orang tunggu weh! Fuh!

Buka saja, semua beratur untuk membeli. Kedai ini comel saja. Ruang untuk makan didalam pun terhad. Tapi ada disediakan ruang santai disebelah ala ala hipstur! 
Perghh!!

Okeh, KakJojes dan somi decide untuk makan disitu sahaja sebelum meneruskan perjalanan balik ke KL. 
Plannya nak singgah RNR Temerloh nanti untuk lunch pula.

Kami memilih menu utama Kula Cakes ini iaitu Mango Cheesecake. Dan satu lagi slice iaitu Toblerone Cheesecake. 

Taraaa..


Oi, sedap oi! 
Mangga tu serius macam kau tengah makan kek disaluti pati mangga pekat yang masam masam manis. 

Perghh!!

Mekaseh la somi sudi layan tekak bini dia yang nak makan semedang. Hahahaha.

Sudah, jom balik! Zasss!