CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 3, 2018

Rajin kat mana..😪

"Jahit barut, selimut, bedung. Sempat lagi ni Ai.

Kalau barut, cotton flannel pun ok. Cotton putih biasa tu pun ok jugak. Bedung kalau nak lembut guna minky. Selimut pun sama. Boleh je cotton dcomel pun cantik."

Bila #kakyongtailorputrajaya dengan motto "Your attire is yours" beri cadangan. Ada yang pergi kedai kain cari cotton flannel karang. Kahkahkah. 

#kakyong kongsi pengalaman beliau masa mengandung menangis-nangis nak mesin jahit. Masa itu beliau masih kerja makan gaji kalau tak silap dan akhirnya menjadi seorang tukang jahit sepenuh masa. Kagum!

Ini mengidam nak jahit barut dah ada, nak merealisasikan itu entah bila. Mesin jahit udah tersedia. Oi, rajen tu kat mana laaaaa..

Mesin jahit KakJojes itu, hadiah ulangtahun pertama perkahwinan. Merengek-rengek jugak masa itu minta pada somi. Taknak bunga, taknak makan, nak mesin jahit juga. Dapat yang biasa pun jadi lah. Janji pada somi, tak akan jadi tukun saja.

Habis lah kalau beliau tuntut janji mesin jahit itu. 😵😵

Hoi lah. Lawa betul warna ini.😪


Lebih warna ada sini. ?👇
https://nadimorana.wordpress.com/2018/02/03/kain-pasang-lace-printed-alisya/

#kakjojesbebel #nadearamly